Sunday 3 April 2011

Majlis Kesyukuran Di Rantau.

Pada 2 April 2011, telah dijemput menghadiri Majlis Kesyukuran di rumah Encik Aslan Othman.

Alhamdulillah, kami penuhi hasrat beliau yang ingin meraikan anak-anak yatim.

Seramai 26 orang anak yatim yang menyertai Majlis Kesyukuran ini.


Aturcara Majlis
9:30 pagi - Berkumpul di rumah Anak Yatim Semarak, Nilai.

10:00 pagi - Bertolak ke Rantau.

11:00 pagi - Majlis Kesyukuran dimulakan. Pengisian - Bacaan Surah Yasiin, Tahlil dan Doa Kesyukuran (Surau Kampung Kancung, Rantau, Negeri Sembilan).

12:00 tengahari - Jamuan Makan tengahari.

1:45 tengahari - Sumbangan Cendarahati kepada Anak-Anak Yatim.

2:00 petang - Bertolak ke rumah Anak Yatim Semarak, Nilai.

3:00 petang - Majlis bersurai.


Anak-anak yatim berkumpul di rumah Anak Yatim Semarak, Nilai bersama ibu-ibu yang turut serta ke Majlis Kesyukuran.

Anak- anak yatim bertolak dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Encik Aslam Othman.

Setibanya di tempat majlis diadakan, kami disambut mesra oleh pihak keluarga Encik Aslam Othman dan tetangga sekitar.

Sebelum pulang, anak-anak yatim dibekalkan dengan cenderahati.

Alhamdulillah, kami bersyukur dan berterima kasih atas jemputan dan pemberian beliau.

Semoga Allah memberi rahmat dan berkah ke atas Encik Aslam Othman sekeluarga. Amiin.



Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;

Akaun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak:-
CIMB : 0514 - 0004881 - 059
BIMB : 05 - 058 - 01 - 001705 - 9

Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti pakaian, buku dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;

Rumah Anak Yatim Semarak
5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

No comments:

Post a Comment