Saturday 24 December 2011

Pengurusan Asrama



Rumah Anak Yatim


Rumah Anak Yatim

Nama Pusat Jagaan – Rumah Anak Yatim Semarak

Kapasiti: Maksimum 10 orang. Laki-Laki sahaja. Permohonan masuk dialu-alukan. Sila guna Borang Permohonan Masuk.

Nota - Pertubuhan Membuka Kemasukan Untuk Anak Yatim. Segera.

Lesen PBT.: No. Akaun ; L-0013740-1 (Majlis Perbandaran Nilai)
Lesen JKM.: No Fail: PKMD.NS.01/800/03/1 JLD II
Kelulusan Jabatan Bomba: No. Fail – JBPM/NS/ZSBN/005/1/5/1-4
Kelulusan Jabatan Kesihatan: Bil(3)dlm. PKS/51/632/7/486


Set Katil

Ruang Tamu

*Bil. Anak Yatim Dalam Daftar: 74 orang. Mereka ini masih tinggal dengan ibu/penjaga.
*Bil. Anak Miskin Dalam Daftar – 2 orang. Mereka ini tinggal dengan penjaga.
* - Anak-anak ini dikategori sebagai Anak Yatim/Miskin Luar, Pertubuhan memberi bantuan berkala atau atas permohonan, menganjurkan khemah ibadah/motivasi, lawatan pendidikan dan kelas bimbingan UPSR dan PMR.

Status Operasi: Pertubuhan amal bukan kerajaan. Bukan entiti komersial.
Yuran: Tiada yuran. Perbelanjaan sara hidup dibiayai sepenuhnya oleh Pertubuhan.


Skop Aktiviti Pengurusan:

- Mengumpul Dana
- Urus selia Rumah Anak Yatim Semarak
- Pengajian Al-Quran dan ceramah agama
- Kelas bimbingan.
- Khemah ibadah dan motivasi.
- Bantuan kepada yang layak.
- Sumbangan Aidil Fitri.
- Lawatan pendidikan.
- Menghadiri majlis-majlis atas jemputan.
- Sambutan Hari Kebesaran Islam, Negara Dan Negeri
- Kursus sosio-ekonomi kepada ibu-ibu/penjaga
- Kaunseling

Belanja Pengurusan: Kini kira-kira RM24,000.00 satu tahun.


Makluman: Pertubuhan sedang mengemaskini Rekod Pendaftaran Anak Yatim dan Miskin khususnya dari Mukim Setul dan Mukim Labu, Negeri Sembilan serta kawasan sekitar berhampiran. Tuan/puan yang mempunyai maklumat mereka bolehlah mendaftar mereka dengan mengisi Borang Anak Yatim dan Miskin yang disediakan dan hantar kepada Pertubuhan.



Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;

Akaun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak:-
CIMB : 0514 - 0004881 - 059
BIMB : 05 - 058 - 01 - 001705 - 9

Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti pakaian, buku dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;

Rumah Anak Yatim Semarak
5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.