Monday, 20 June 2011

Program Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

Berkumpul di Rumah Anak Yatim Semarak

Bergambar di Rumah Anak Yatim Semarak, Taman Semarak 2, Nilai.,

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muzium TUDM

Taklimat dari wakil TUDM.,

Mencuba Pesawat dan Helikopter yang ada.,

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ke rumah Pengerusi Pertubuhan,
Haji Abd Rahim bin Haji Yaakub

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lawatan ke KLCC..

Beratur sebelum memasuki Skybridge, KLCC.,

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya kepada Muzium TUDM,Sg. Besi, Skybridge Menara Berkembar Petronas,KLCC, Petrosains,KLCC.

Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;

Akaun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak:-
CIMB : 0514 - 0004881 - 059
BIMB : 05 - 058 - 01 - 001705 - 9

Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti pakaian, buku dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;

Rumah Anak Yatim Semarak
5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuesday, 17 May 2011

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN – RINGKASAN.

Perlembagaan Pertubuhan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Negeri Sembilan pada 10 November 2008. Oleh sebab-sebab tuntutan semasa Perlembagaan telah dipinda dan berkuatkuasa mulai 12 Mei 2011 lalu setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Berikut ialah ringkasan perlembagaan.(tanda garis adalah bahagian pindaan atau tambahan).:-

Nama Pertubuhan

Nama baru Pertubuhan ialah ‘ Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Semarak, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tujuan/Matlamat:-

1. Membela anak-anak yatim dan miskin serta mendidik mereka menjadi insan cemerlang.
2. Mengumpul dana melalui derma untuk tujuan Pertubuhan.
3. Menjalankan usaha niaga dan pelaburan untuk mengumpul dana.
4. Memiliki harta alih dan takalih bagi kegunaan Pertubuhan.
5. Mendukung usaha kerajaan dalam usaha kebajikan.
6. Bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan lain bagi faedah bersama.

Keahlian

1. Ahli Biasa – Warga Malaysia berugama Islam berumur 18 tahun keatas dan tinggal di Nilai
2. Ahli Bersekutu – Warga Malaysia berugama Islam berumur 18 tahun ke atas yang tinggal diluar Nilai, Negeri Sembilan. Ahli bersekutu tidak boleh mengundi dan diundi.(Namun begitu masih boleh memegang jawatan dalam Jawatankuasa atas perlantikan Pengerusi).
3. Yuran.
- Bayaran Masuk – RM10.00
- Yuran Tahunan - RM12.00

Mesyuarat Agung. 
Mesyuarat Agung diadakan dua tahun sekali (Dwi-Tahunan).
Kerja-kerja Mesyuarat Agung:-

1. Menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa.
2. Menerima Laporan Bendahari Dan Penyata Kewangan.
3. Memilih Jawatankuasa dan Dua Orang Pemeriksa Kira-Kira.
4. Menguruskan perkara yang di bentang dalam Mesyuarat Agung.
5. Pemilihan Dan Lantikan Jawatankuasa
- Mesyuarat Agung memilih Pengerusi,Naib Pengerusi dan 6 (enam) orang AJK Biasa. Juga memilih 2 (dua) orang Pemeriksa Kira-Kira.
- Pengerusi berkuasa melantik Setiausaha, Bendahari, Penolong Setiausaha dan tiga orang AJK Biasa.
- Pengerusi berkuasa melantik seseorang ahli pilihannya sebagai AJK Biasa bagi mengisi kekosongan yang berlaku sekiranya AJK Biasa yang dipilih dalam Mesyuarat Agung itu telah dilantik ke jawatan-jawatan Setiausaha, atau Bendahari, atau Penolong Setiausaha.
6. Pentadbir Harta
Pentadbir Harta adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG AHLI

Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;

Akaun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak:-
CIMB : 0514 - 0004881 - 059
BIMB : 05 - 058 - 01 - 001705 - 9

Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti pakaian, buku dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;

Rumah Anak Yatim Semarak
5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuesday, 19 April 2011

Rondaan Polis : Lawatan Berkala Hindar Jenayah

Alhamdulillah, Rumah Anak Yatim Semarak ini telah beberapa kali dilawati oleh pihak berkuasa Polis.

Sebelum ini, banyak kes-kes kecurian yang dilaporkan berlaku. Alhamdulillah, sekarang keadaan terkawal.

Terima kasih keluarga Pertubuhan ucapkan kepada pihak Polis yang datang melawat secara berkala dan bersiri.

Semoga Kawalan tersebut sedikit sebanyak membantu menghindar kadar jenayah sekitar.