Wednesday, 30 March 2011

Sumbangan Negeri Roadstone

Pada tanggal 26 Mac 2011, wakil daripada negeri Roadstone telah datang bersama sumbangan 33 Ton Crusher Run dan turut melakukan kerja-kerja menambak dan meratakan batu di Rumah Anak Yatim Pertubuhan (Asrama).

Kami dari keluarga Pertubuhan berasa amat bersyukur dan sangat berterima kasih atas sumbangan daripada Negeri Roadstone Sdn. Bhd.

Kini halaman Rumah Anak Yatim ini kelihatan lapang. Jika dahulu, air akan bertakung di halaman terutama selepas hujan lebat yang berpanjangan.

Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;

Akaun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak:-
CIMB : 0514 - 0004881 - 059
BIMB : 05 - 058 - 01 - 001705 - 9

Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti pakaian, buku dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;

Rumah Anak Yatim Semarak
5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuesday, 15 March 2011

Maybank Islamic Berhad: Zakat Perniagaan

Pada 10 Mac 2011, pihak Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai, Negeri Sembilan telah menerima Zakat Perniagaan daripada Maybank Islamic sebanyak RM 30,000.00.

Untuk itu, kami daripada keluarga Pertubuhan mengucapkan rasa syukur dan amat berterima kasih kepada Maybank Islamic Berhad atas pemberian ini.

InsyaAllah, sumbangan ini dimasukkan ke dalam dana untuk membina Asrama Anak Yatim Dua Tingkat dengan kos pembinaan sebanyak RM 450,000.00

Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh disalurkan terus;

Akaun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak:-
CIMB : 0514 - 0004881 - 059
BIMB : 05 - 058 - 01 - 001705 - 9

Kami juga menerima sebarang sumbangan berbentuk material seperti pakaian, buku dan sebagainya dan boleh disalurkan ke alamat;

Rumah Anak Yatim Semarak
5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Monday, 31 January 2011

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak

Pengenalan:-
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 November 2008 di bawah Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak ini didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sembilan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 1930-08-NSE.

Pusat Operasi:-
Pertubuhan menjalankan operasinya di rumah rasmi pertubuhan di alamat Lot 5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tujuan dan Matlamat Petubuhan:-
1) Sebagai pertubuhan amal yang prihatin, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak berhasrat menjaga dan membantu anak-anak yatim memajukan diri bagi menjamin kesejahteraan kehidupan mereka.

2) Mendokong usaha kerajaan dalam membantu dan menjaga kebajikan anak-anak yatim.

3) Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan anak yatim lain dalam negara, serta badan atau organisasi kebajikan lain yang mempunyai tujuan yang sama bagi faedah bersama.